Program Pesara Care Pengurus Besar KESEDAR sempena Bulan Kemerdekaan 2022
GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah mengadakan lawatan ke rumah pesara-pesara KESEDAR sempena bulan Kemerdekaan di Taman Wangi, Gua Musang pada 29 Ogos 2022.
Program prihatin ini menjadi pelengkap kepada kepentingan aspek kebajikan warga dan bekas penjawat KESEDAR yang menjadi perhatian kepimpinan baharu KESEDAR. Perubahan terhadap kesejahteraan hidup masyarakat wilayah Kelantan Selatan bermula dengan menjaga kesihatan dan keselesaan hidup keluarga warga kerja KESEDAR.
Penyerahan sumbangan telah disampaikan oleh YABrs. Dr. Shahrir bin Mohamad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR. Turut hadir, Puan Rushwahanis Ramli, Pengurus Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Sumber Manusia.