Program Rehabilitasi Komuniti Kolaborasi Bersama Pemimpin Tempatan Parlimen Gua Musang

KESEDAR telah menganjurkan Program Rehabilitasi Komuniti Kolaborasi Bersama Pemimpin Tempatan Parlimen Gua Musang di Hotel Grand Continental, Langkawi pada 12 – 14 Oktober 2022.

Program yang dirasmikan oleh YABrs. Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR ini turut dihadiri oleh En. Mohd Ramadhan bin Sulaiman, Pengurus Wilayah Gua Musang dan penghulu Parilmen Gua Musang.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan terhadap program dan aktiviti berterusan dalam aspek pembangunan keupayaan modal insan dan modal sosial kepimpinan dan komuniti luar bandar melalui Kampung Contoh.

Kampung Kilim yang telah dipilih sebagai kampung contoh adalah satu kampung dimana Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung yang aktif dan boleh dijadikan sebagai contoh untuk membangunkan kawasan di Gua Musang kelak. Kampung Kilim ini juga hebat dengan daya tarikan pelancongan yang telah digerakkan melalui koperasi penduduk.

Diharapkan dengan adanya program sebegini mampu untuk menjadikan pembangunan kampung yang dipelopori dan berpacukan komuniti.

Accessibility Toolbar