Program Rehabilitasi Komuniti – Sumbangan Bantuan Persekolahan
Gua Musang – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan kepada anak-anak penduduk Taman Agropolitan Kelantan Selatan (TAKS) yang diadakan di Dewan Serbaguna Fasa 2, Rantau Manis pada 15 Mac 2022.
Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu penduduk TAKS dalam menyediakan kelengkapan kepada anak-anak mereka yang bersekolah. Bantuan sebanyak RM 30,000.00 telah diagihkan kepada 300 orang pelajar yang menetap di TAKS.
Menerusi bantuan ini, pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang menetap di TAKS telah menerima sumbangan bernilai RM100.00 untuk membeli barangan keperluan sekolah seperti peralatan alat tulis, buku-buku dan seumpamanya.
Program tersebut turut mendapat sambutan yang baik daripada penduduk TAKS sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan di antara KESEDAR dan penduduk TAKS.
Majlis yang disempurnakan oleh Pengurus Besar KESEDAR, YABrs. Dr. Shahir bin Mohammad Zakey turut dihadiri En. Fadhly bin Ab. Manaf, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat, En. Hamzah bin Abdullah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Gua Musang dan En. Mohd Zainy Bin Yusoff, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Gua Musang.