Rehabilitasi Komuniti KESEDAR – Perniagaan Digital

GUA MUSANG – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) terus komited dalam memperkasa golongan usahawan luar bandar untuk mereka bangkit semula berdepan dengan arus globalisasi pasca COVID-19 yang mencabar.

Menyedari kepentingan pendedahan masyarakat kepada peluang mengaut keuntungan dalam perniagaan melalui pelbagai platform online, KESEDAR segera menganjurkan kursus bagi mendedahkan usahawan kepada perniagaan digital.

Seramai 122 orang usahawan dalam pelbagai jenis perniagaan terpilih menyertai kursus selama dua hari tersebut merangkumi 61 orang daripada Jajahan Gua Musang, 31 orang Jajahan Jeli/Tanah Merah dan 30 orang Jajahan Kuala Krai.

Para peserta kursus menerima bantuan berupa tablet serta kursus dan bimbingan yang bernilai RM 5,000 seorang. Jumlah keseluruhan peruntukan bagi program bantuan meningkatkan penggunaan aplikasi digital kepada usahawan luar bandar di wilayah KESEDAR adalah sebanyak RM 610,000.

Pengurus Besar dalam ucapan perasmian mengajak semua usahawan untuk memanfaatkan bantuan kerajaan dengan sebaiknya dan berharap supaya penggunaan aplikasi digital dalam perniagaan dapat membantu mereka membina semula perniagaan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19

 Turut hadir dalam majlis tersebut, YBrs Encik Mohd Fadhly bin Ab. Manaf, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat.

Accessibility Toolbar