Rehabilitasi  Pasca COVID-19 : Khidmat Komuniti KESEDAR

KUALA KRAI – Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah menganjurkan program Khidmat Komuniti KESEDAR yang bertempat di RPT Kg Bahagia, Kuala Krai pada 19 Mac 2022 yang lalu.

Khidmat komuniti merupakan salah satu segmen dibawah Program Rehabilitasi KESEDAR yang dilaksanakan bagi memperkukuh semula hubungan antara 3 pihak iaitu KESEDAR, pemimpin masyarakat & kumpulan sasar.

Program tersebut diisi dengan aktiviti bersama masyarakat terutamanya gotong royong, penyampaian bantuan kepada golongan daif, imarah masjid dan ibadah, acara sukan dan ramah mesra warga KESEDAR dengan penduduk dan pemimpin setempat.

Pendekatan baharu yang mesra rakyat ini selari dengan visi dan misi KESEDAR sebagai agensi peneraju pembangunan Wilayah Kelantan Selatan. Penekanan pembangunan bukan sahaja diberikan kepada aspek fizikal dan infrastruktur malah turut memfokuskan kepada pembinaan jati diri dan kekuatan modal insan untuk bangkit semula selepas  mengharungi pandemik COVID- 19.

 Turut hadir dalam program tersebut, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Guchil, YB Hilmi bin Abdullah, Pengurus Besar KESEDAR, YABrs Dr Shahrir bin Mohammed Zakey, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), YBrs Hajah Norlidasaidi binti Awang Teh, Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat, En Mohd Fadhly bin Manaf dan Pengurus Wilayah Kuala Krai, Tuan Hj E.Samudin bin Basri.

Accessibility Toolbar