KESEDAR telah menganjurkan Bengkel Penjenamaan Semula/Rebranding KESEDAR pada 21 hingga 23 Februari 2023 di Avillion Admiral Cove, Port Dickson.
Turut hadir dalam bengkel tersebut ialah YBrs Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR, Tn. Hj. W. Rahimi bin Wan Salleh, Timb. Pengurus Besar (Pembangunan), Pn. Hjh. Norlidasaidi binti Awang Teh, Timb. Pengurus Besar (Pengurusan), pegawai-pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional KESEDAR, pengurus pejabat operasi, dan pasukan pakar runding dari AJM-Planning and Urban Design Group (APUDG) yang diketuai oleh Datin TPr Noraida Saludin.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk memperoleh percambahan idea berkenaan proses penjenamaan KESEDAR antara kumpulan pembuat keputusan dan sokongan dalam KESEDAR dengan kumpulan pakar yang dikenal pasti.