Bengkel Retreat Bajet 2023 yang diadakan di Hotel Copthorne, Cameron Highland pada 18-20 Januari 2023 adalah bertujuan bagi membentangkan perancangan dan pelaksanaan projek/program pembangunan dan mengurus bagi tahun 2023.
Pembentangan daripada 10 bahagian, wilayah dan unit telah diadakan selama 3 hari 2 malam melibatkan seramai 47 pegawai kumpulan Pengurusan dan Professional serta wakil daripada JKR.
Perasmian penutup bengkel telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey pada hari terakhir bengkel diadakan dan turut dihadiri oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), YBrs. Tuan Haji W. Muhd Rahimi bin Wan Salleh dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), YBrs. Puan Hajjah Norlidasaidi binti Awang Teh.
Semoga dengan adanya Pelan Perancangan Bajet 2023 ini dapat melancarkan serta memantapkan lagi urusan pentadbiran KESEDAR.