KESEDAR Hargai Peranan Pengamal Media Kelantan

Jasa dan sumbangan pengamal media dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat amat besar apatah lagi dalam mendepani era globalisasi yang semakin meluas.

Bagi menzahirkan penghargaan kepada pengamal media di negeri ini, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) turut sama memeriahkan Malam Anugerah Kewartawanan Kelantan (MAKK) 2023 yang berlangsung di Hotel Perdana, Kota Bharu, semalam.

Majlis anugerah ini dihadiri Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh serta Pengurus-Pengurus Bahagian.

MAKK 2023 mempertaruhkan 10 kategori iaitu Anugerah Foto Esei Terbaik, Anugerah Visual Berita TV Terbaik, Anugerah Laporan Khas Terbaik (Cetak/Portal), Anugerah Foto Cemerlang Terbaik, Anugerah Laporan Lintas Langsung Terbaik, Anugerah Laporan Berita Terbaik (Cetak/Portal), Anugerah Laporan Khas TV Terbaik, Anugerah Penulisan Rencana Terbaik (Cetak/Portal), Anugerah Laporan Berita Wartawan TV Terbaik dan Anugerah Khas KPDN.

Dalam pada itu, Tuan Haji W Muhd Rahimi, turut menyampaikan Anugerah Laporan Berita Wartawan TV Terbaik kepada lima pemenang.

KESEDAR juga amat berterima kasih kepada semua pengamal media Kelantan yang sentiasa memberikan komitmen serta kerjasama yang baik termasuk liputan bagi program-program jabatan.

Kerjasama ini akan terus dieratkan lagi bagi memastikan hubungan baik antara KESEDAR dan media berada pada titik yang utuh.

Accessibility Toolbar