Seramai 23 pesara Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang telah dan akan menamatkan perkhidmatan bagi tahun 2022 dan 2023 disantuni menerusi Majlis Jasamu Dikenang bertempat di Kay Castle, Kota Bharu.
Majlis tahunan ini diadakan bagi meraikan pesara yang telah berkhidmat dalam menabur bakti dan jasa sekaligus mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga KESEDAR.
Pengerusi KESEDAR, Datuk Zawawi Othman turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pesara yang telah banyak berjasa dalam mencorakkan imej terbaik KESEDAR.
Turut hadir, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh serta Pengurus Ekonomi dan Pelaburan yang kini menanggung kerja Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.