Kursus Perniagaan Digital Usahawan KESEDAR

Kursus Perniagaan Digital Usahawan KESEDAR telah berlangsung pada 20-21 Mac 2023 bertempat di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR.

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR disaksikan oleh En. Fadhly bin Ab. Manaf, Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pelaburan, En. Mohd Husnifaisal bin Ramli, Pengurus Wilayah Gua Musang serta Pegawai-Pegawai KESEDAR.

Objektif utama kursus ini diadakan bertujuan memberi ilmu dan pendedahan kepada usahawan bimbingan KESEDAR untuk melaksanakan perniagaan menggunakan platform digital dan media massa.

Accessibility Toolbar