Lawatan Ke Ladang Tanaman Bagi Projek Pertanian Hasil Baru KESEDAR

Seramai 10 orang pegawai Pengurusan dan Profesional KESEDAR telah mengikuti lawatan ke beberapa ladang tanaman yang telah diusahakan sebagai penanda aras dalam pelaksanaan projek pertanian hasil baru KESEDAR.

Antara lokasi yang terlibat ialah Ladang Gac di Batu Pahat dan Ladang Tenusu di Segamat, Johor; Back2Nature Farm dan Ladang Nenas MD2 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Kilang Sacha Inchi di Cheras, Kuala Lumpur serta Ladang Sayuran di Rawang, Selangor.

Ladang tanaman yang dilawati tersebut merupakan antara jenis tanaman cadangan yang akan dibangunkan secara komprehensif di kawasan pertanian, Ladang Paloh 4, Gua Musang.

Lawatan tersebut merupakan salah satu inisiatif KESEDAR bagi memastikan pelaksanaan projek tanaman hasil baru berada pada landasan yang tepat, sesuai dengan hasrat kerajaan yang menekankan aspek keterjaminan makanan terutamanya di Wilayah KESEDAR.

Lawatan yang diadakan selama tiga hari bermula 3 hingga 5 September 2023 itu turut diselitkan dengan Pembentangan Laporan Akhir Kajian Projek Pembangunan Pertanian Hasil Baru KESEDAR bertempat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Bin Wan Salleh, turut hadir dalam sesi penggulungan berkenaan.

Accessibility Toolbar