Lawatan Kerja YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi Ke Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Buat julung kalinya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) menerima kunjungan dari YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) selepas perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri bersempena lawatan kerja KESEDAR.
Ketibaan YAB Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi disambut oleh Pengurus Besar KESEDAR, Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey.
Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Rubiah Wang, Ketua Setiausaha KKDW, YBhg Dato’ Ramlan Dato’ Harun, Ketua Polis Kelantan, Dato’ Muhamad Zaki Harun dan Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan KKDW, Encik Mas Rizal Mohd Hilmi.
Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk mendapatkan “Taklimat Khas” tentang fungsi dan peranan KESEDAR di dalam wilayah Kelantan Selatan khususnya dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.