YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah menyampaikan ucapan dan anugerah perkhidmatan cemerlang kepada 39 orang warga KESEDAR mewakili YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Pada majlis ini juga, turut disempurnakan pelancaran war cry dan pasukan sukarelawan KESEDAR turut dilancarkan, selain gimik penyerahan ladang kepada 5 orang peneroka mewakili 148 lot peneroka yang melibatkan kawasan RKT Paloh 1, RKT Lebir, RKT Sungai Asap, RKT Jeram Tekoh.
War Cry atau laungan semangat yang di kompos khas ini bertujuan menjadi catalist kepada solidariti penduduk Kelantan Selatan dengan KESEDAR sebagai agensi, sebagaimana utuhnya perpaduan antara masyarakat peneroka dengan setiap warga KESEDAR suatu masa dahulu.
Manakala pasukan sukarelawan KESEDAR telah beroperasi sejak tahun 2018 di dalam kerja pasca bencana. Selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, pasukan ini diiktiraf peranannya secara rasmi pada hari ini dan akan diperkukuh dengan penyertaan genarasi muda Wilayah Kelantan Selatan untuk bergandingan menyumbang tenaga dalam pelbagai program KESEDAR.
Penyerahan Pengurusan Ladang kepada peneroka KESEDAR dilaksana mulai 2021 melibatkan 9 RKT dan acara hari ini menyempurnakan serahan ke 1400 lot daripada keseluruhan 2,140 lot.
Majlis meriah dan bermakna ini turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Haji Ab Aziz bin Yusoff, ADUN Nenggiri, YB Tuan Haji Mohd Syahbuddin bin Hashim,ADUN Galas, YB Tuan Haji Amran bin Arifin, ADUN Paloh, Dato’ Sr. Haji Zamri bin Haji Ismail, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan bersama kehadiran lebih 1000 jemputan melibatkan rakan strategik KESEDAR & pelanggan utama seperti peneroka, para usahawan penerima bantuan & generasi muda kelantan selatan.
Majlis ini merupakan pemula kepada hasrat KESEDAR untuk menjadi game changer kemajuan wilayah kelantan dengan penyampaian perkhidmatan berprestasi tinggi dan memenuhi kepuasan spiritual seluruh masyarakat melalui solidariti, penyatuan fikiran dan tindakan.