Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara KESEDAR dan Nestle

Sesi Menandatangani Perjanjian Persefahaman Antara KESEDAR bersama Nestle telah berlangsung dengan sempurna bagi tujuan mengembangkan Program NESCAFÉ Grown Respectfully (Nescafe Disemai Dengan Kasih) yang pertama di Gua Musang, Kelantan.

Perjanjian Persefahaman ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Mr Juan Aranols dan Timbalan Pengurus Besar Pembangunan, Tuan Haji W Muhd Rahimi bin Wan Salleh mewakili Pengurus Besar KESEDAR, Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle (Malaysia) Berhad, Juan Aranols berkata, ia merupakan sebahagian daripada inisiatif syarikat dalam menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup peladang, khusus-nya kepada penduduk di Kelantan selatan.

Beliau turut melawat tapak tanaman kopi di Paloh 4 serta berkesempatan membuat demonstrasi kaedah cantuman pokok kopi. Pada sesi lawatan tersebut, beliau juga berkesempatan menanam pokok kopi yang juga turut disertai oleh Timbalan Pengurus Besar Pembangunan KESEDAR, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan KESEDAR serta barisan pegawai KESEDAR dan deligasi Nestle.

Accessibility Toolbar