Majlis Penyerahan Tablet Program Sokongan Perniagaan (PSP)

Majlis Penyerahan Tablet Program Sokongan Perniagaan (PSP) telah berlangsung di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat Gua Musang pada 6 Ogos 2023.

Penyerahan tablet kepada para usahawan hari ini merupakan usaha baik KESEDAR dalam membantu dan menyokong usahawan dalam menjalankan aktiviti perniagaan serta mempromosikan perniagaan & perkhidmatan mereka secara online.

Seramai 100 peserta telah menerima manfaat dengan nilai bantuan sebanyak RM 5,000 setiap peserta. Dalam masa yang sama, usahawan turut dibekalkan kursus asas perniagaan dan digital.

KESEDAR terus proaktif menyahut hasrat kerajaan dalam menggalakkan usahawan khususnya luar bandar dalam digitalisasi perniagaan menerusi Rangka Tindakan Ekonomi Malaysia untuk mewujudkan perniagaan digital baharu.

Dalam majlis tersebut turut menampilkan selebriti popular dalam sesi motivasi dan inspirasi bersama Fizo Omar.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar Pembangunan, Tuan Haji W. Muhd Rahimi bin Wan Salleh, turut dihadiri Pengurus Wilayah Jeli/Tanah Merah, Encik Mohd Ramadhan bin Sulaiman dan Pengurus Bahagian Pembangunan Pertanian, Encik Wan Mohd Afzainizam bin Wan Abdul Latif.

Accessibility Toolbar