Majlis Perjumpaan Pengurus Besar dengan Penjawat KESEDAR

Majlis perjumpaan Pengurus Besar dengan Penjawat KESEDAR telah berlangsung pada 11 Jun 2023 di Dewan Dato Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR.

Majlis yang bermula seawal 9.00 pagi ini dimulakan dengan ucapan daripada Pn. Hjh Norlidasaidi binti Awang The, Timb. Pengurus Besar KESEDAR (Pengurusan) diikuti oleh ucapan daripada Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR.

Dalam ucapan Pengurus Besar, beliau mengajak seluruh warga KESEDAR agar sentiasa menekankan tiga elemen utama iaitu sentiasa bersyukur, sabar dan redha dalam melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan. Beliau turut menekankan bahawa integriti adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan dan kestabilan organisasi. Kepercayaan dan keyakinan masyarakat terhadap pengurusan agensi seperti KESEDAR amat bergantung pada integriti pemimpin dan tindakan dalam menghadapi isu-isu semasa. Semoga dengan amanat yang diberikan dapat memberikan iktibar,suntikan semangat dan motivasi serta memberikan input yang positif kepada penjawat KESEDAR dalam menjalankan tugas dengan lebih baik dan berkesan.

Majlis diakhiri dengan Selawat Badar dan bacaan Surah Yaasin bersama Pengurus Besar.

Accessibility Toolbar