Majlis Sambutan Hari Raya KESEDAR 2023

Majlis Sambutan hari Raya KESEDAR telah dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) pada 15 Mei 2023 bertempat di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KESEDAR diserikan dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa & Wilayah serta pegawai dari KKDW, jabatan serta agensi. Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada 80 orang asnaf yang berada di daerah Gua Musang dan berkesempatan beramah mesra bersama tetamu yang hadir.

KESEDAR menyediakan lebih dari 15 jenis juadah hari raya dan majlis yang cukup meriah ini telah dihadiri oleh lebih 1,000 penduduk sekitar Gua Musang. Pihak KESEDAR merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas kehadiran para tetamu dalam memeriahkan majlis ini.

Accessibility Toolbar