Makan Malam Diwali @ Galas

Seramai 300 masyarakat India di Dun Galas, Gua Musang, diraikan menerusi Majlis Makan Malam Diwali @ Galas, di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang, semalam.

Majlis sempena Program Desa Cergas itu merupakan anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Menerusi ucapan perasmian, ADUN Galas, Mohd Syahbuddin Hashim berkata, meskipun masyarakat India merupakan kaum minoriti di Gua Musang, namun mereka tidak pernah dianaktirikan dalam aspek kebajikan mahupun kecaknaan.

Turut hadir memeriahkan majlis, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh, Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pelaburan yang kini menanggung kerja Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf serta Pengarah KEMAS Kelantan, Encik Hashim Alang Abdul Hamid.

Majlis ini turut diselitkan dengan penyampaian sumbangan kepada masyarakat India yang hadir.

Accessibility Toolbar