Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Koperasi Pegawai-Pegawai Kesedar Berhad Kali Ke-33
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Koperasi Pegawai-Pegawai Kesedar Berhad Kali Ke-33 telah berlangsung pada 19 Jun 2023 di Dewan Dato’ Ariffin Said.
Mesyuarat ini dirasmikan oleh Dr. Shahrir bin Mohammad Zakey, Pengurus Besar KESEDAR. Turut sama menghadiri mesyuarat ini ialah Pengurus-Pengurus Bahagian dan Wilayah, Ketua Pegawai Eksekutif KESEDAR Holding Sdn. Bhd, Pengurus-Pengurus Anak Syarikat , Ketua-Ketua Unit dan warga KESEDAR.
Antara agenda yang dibentangkan dalam mesyuarat ini adalah laporan tahunan dan laporan jawatankuasa audit dalam 2022/2023, meluluskan cadangan pembahagian keuntungan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 dan menimbang & meluluskan had pelaburan koperasi & had maksima pinjaman koperasi.