Perjumpaan Pengerusi KESEDAR Bersama Penjawat KESEDAR
Perjumpaan Pengerusi KESEDAR Bersama Penjawat KESEDAR telah berlangsung di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR pada 17 Julai 2023.
Dalam majlis pertemuan ringkas ini, Timb. Pengurus Besar (Pembangunan), Tn. Hj. W. Muhd Rahimi bin Wan Salleh menyampaikan amanat Perdana Menteri Malaysia mengenai dua aspek yang penting di dalam melaksanakan tugas iaitu niat yang ikhlas dan juga fokus dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Kedua-dua aspek ini sebagai teras dalam membantu penjawat awam melaksanakan tugas bagi mencapai objektif KESEDAR.
Majlis diteruskan dengn ucapan dan amanat daripada Pengerusi Lembaga Pengarah KESEDAR, YBhg. Datuk Zawawi Bin Othman. Beliau berharap semua pihak dapat bekerjasama dan berusaha menjaga nama baik KESEDAR serta sentiasa memberikan yang terbaik dalam menyokong dan mendokong pembangunan KESEDAR.
Beliau turut menitipkan beberapa pesanan kepada penjawat awam terutamanya mengenai tingkah laku dan disiplin agar ianya dapat membendung daripada wujudnya unsur-unsur yang negatif dalam persekitaran bekerja. Dalam konteks penggunaan media sosial pula, perlulah menggunakannya secara beretika dan bertanggungjawab. Akhir sekali, beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga KESEDAR yang sentiasa bersatu padu di dalam memacu pembangunan serta menaikkan nama baik KESEDAR.
Tururt hadir memriahkan majlis ini ialah Timb. Pengurus Besar (Pengurusan), Pn. Hjh. Norlidasaidi binti Awang Teh, Pengurus-Pengurus Bahagian, Pengurus-Pengurus Wilayah, Ketua-Ketua Unit, Ketua Pegawai Eksekutif KESEDAR Holding Sdn. Bhd, Pengurus-Pengurus Anak Syarikat KESEDAR dan Pegawai- Pegawai Serta Penjawat KESEDAR.