Program Jom Kacau Bubur Asyura telah berlangsung pada 15 Ogos 2023 seawal jam 3.00 pagi dan berakhir sekitar jam 3.00 petang. Program ini dianjurkan oleh Kelab Keluarga KESEDAR (3K) bagi tujuan mengeratkan ukhwah dan silaturrahim antara kakitangan serta seluruh warga KESEDAR.
Program ini disertai oleh semua penjawat Ibu Pejabat KESEDAR yang melibatkan semua Bahagian, Pejabat Wilayah Gua Musang, Unit, Pejabat Operasi serta Anak Syarikat KESEDAR.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi memasak dan mengacau bubur asyura sebanyak 16 kawah serta pertandingan menghias bubur asyura. Usai aktiviti tersebut, bubur asyura diagihkan kepada semua kakitangan KESEDAR.
Keharmonian majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengurus Besar KESEDAR, YBrs Tuan Haji W. Muhd Rahimi Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar Pengurusan, Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh, Pengurus-pengurus Wilayah, Pengurus Anak Syarikat KESEDAR, Pengurus Bahagian & Ketua Unit dan Pegawai-pegawai KESEDAR.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh kakitangan dan jawatankuasa program yang berpenat lelah dari pagi hingga ke petang untuk menjayakan program ini. Semoga Allah SWT membalas segala jasa baik kalian.