Program Lawatan Penanda Aras PPRT ke Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) kepada Pegawai Pelaksana PPRT KEDA dan PUSPANITA KEDA
Program Lawatan Penanda Aras PPRT ke Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) kepada Pegawai Pelaksana PPRT KEDA dan PUSPANITA KEDA telah berlangsung pada 25 Mei 2023.
Objektif utama program ini adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan pelaksanaan program PPRT yang dilaksanakan serta melihat beberapa projek ekonomi yang dilaksanakan di bawah KESEDAR yang melibatkan seramai 40 orang warga KEDA.
Program ini telah disempurnakan oleh Pn. Hjh. Norlidasaidi binti Awang Teh, Timb Pengurus Besar KESEDAR (Pengurusan). Turut hadir bersama menjayakan program ini adalah Pn. Hjh. Khairunnisa bin Ismail, Pengerusi PUSPANITA KEDA, Pn. Hjh. Afifah binti Hj. Omar, Timb. Pengurus Besar (Pengurusan) merangkap Timb. Pengerusi PUSPANITA KEDA.