Pada 7 Julai 2023, telah berlangsung Program “Semarak Komuniti Madani” Di Kelantan di Dewan KESEDAR Jelawang-Dabong. Program ini telah disempunakan oleh Dato’ Dr. Mohammad Agus Bin Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom). Turut hadir bagi memeriahkan lagi program ini ialah Datuk Zawawi Bin Othman, Pengerusi KESEDAR, Tn. Hj. E.Samuddin Bin Basri, Pengurus Wilayah Kuala Krai dan pegawai-pegawai KESEDAR Wilayah Kuala Krai.
Semoga dengan program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara KESEDAR dan penduduk Wilayah Kelantan Selatan terutamanya di Kuala Krai.