Program Sentuhan Kasih Desa Negeri Kelantan yang berlangsung selama 3 hari bermula 22 – 24 Julai 2023 di Dataran Paloh 2, Gua Musang, mendapat sambutan hangat daripada penduduk Wilayah Kelantan Selatan dan ia merupakan inisiatif kerajaan dalam membuka peluang kepada usahawan untuk mempromosikan produk tempatan serta mewujudkan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan masyarakat disamping mengeratkan hubungan antara pemimpin dan komuniti desa.
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyempurnakan Program Sentuhan Kasih Desa@Negeri Kelantan yang diadakan di Dataran KESEDAR Paloh 2, Gua Musang, Kelantan hari ini.
“Program seperti ini menjadi platform bagi usahawan tempatan dan kerajaan dalam membangun kepercayaan dan kolaborasi yang lebih baik antara pemimpin dan masyarakat, juga memberikan peluang dan dorongan kepada para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka dan mencapai kemandirian ekonomi.” Beliau berkata sedemikian semasa berucap dalam majlis perasmian Program Sentuhan Kasih Desa@Negeri Kelantan.
Beliau turut menyampaikan ucapan perasmian dan penyerahan Bantuan/Agensi Negeri Kelantan kepada penerima :
YAB Perdana Menteri turut berkesempatan meluangkan masa menjamu selera dan beramah mesra bersama rakyat.
Hadir sama, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri & Menteri KKDW, YB Datuk Rubiah Wang Timbalan Menteri KKDW, Dato’ Sri Ramlan Harun Ketua Setiausaha KKDW, Encik Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Zawawi Othman Pengerusi KESEDAR, Haji W. Muhd Rahimi Wan Salleh, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR, dan Pegawai-pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri.