Sesi Libat Urus Projek Rintis Pembangunan Kampung Bagi Tujuan Peningkatan Pendapatan & Pembasmian Kemiskinan
Sesi Libat Urus Projek Rintis Pembangunan Kampung Bagi Tujuan Peningkatan Pendapatan & Pembasmian Kemiskinan telah berlangsung pada 12-13 Mac 2023 di Kg. Lepan Jaya.
Projek yang diketuai oleh En. Abdul Kahar bin Abdullah, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik KKDW ini turut hadir oleh Pasukan Perunding Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Pengurus Bahagian Pembangunan Masyarakat, Puan Yunaiha binti Ismail, Wakil-wakil Agensi KKDW serta agensi FELCRA,MARA,RISDA,KEMAS dan MARA.
Objektif projek ini bertujuan membangunkan profil kampung serta melahirkan masyarakat luar bandar yang sejahtera dalam aspek sosial, ekonomi, budaya dan persekitaran. Antara kawasan projek rintis yang dilawatai adalah Projek Tanaman Fertigasi Kg Lepan Jaya, Ternakan Kelah Kg Lepan Jaya, Tapak Tanaman Kopi Robusta,Paloh 4 dan Tapak Projek Lembu Integrasi Chalil.