Simposium Penyelidikan Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW)
Institut Kemajuan Desa (INFRA), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah mengadakan Simposium Penyelidikan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah Tahun 2023, bertempat di Hotel Tenera, Bangi, Selangor Selasa lalu.
Simposium ini telah disertai 600 peserta yang dipilih di kalangan kepimpinan desa dan Institusi Pentadbiran Peringkat Kampung (IPPK), kepimpinan kampung, Tok Batin, Penghulu Orang Asli, penggerak agensi, pemegang taruh dan juga pakar dalam pelbagai bidang berkaitan pembangunan luar bandar.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YB Datuk Hajah Rubiah Haji Wang.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, YBhg. Datuk Che Murad Sayang Ramjan dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) KESEDAR, Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh serta pegawai- pegawai kanan KKDW.
Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk perkongsian ilmu dan percambahan idea berasaskan hasil kajian dan penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh bahagian, jabatan atau agensi di bawah KKDW dalam Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK-12).