Solidariti KESEDAR Buat Rakyat Palestin

Lautan putih tanda solidariti dimaknakan menerusi Majlis Perhimpunan Bulanan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Solidari Bersama Palestin, yang diadakan di Dewan Dato Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR, hari ini.

Program ini dilaksanakan bagi menyahut pendirian kerajaan Malaysia untuk terus bersama-sama mempertahankan hak dan kebebasan rakyat Palestin.

Sehingga hari ini, lebih 11,000 angka kematian direkodkan akibat serangan berterusan tentera Israel di Gaza.

Sokongan ini adalah satu bentuk solidariti terhadap nilai kemanusiaan yang mementingkan kedamaian dan keamanan sejagat.

Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi KESEDAR, Datuk Haji Zawawi Haji Othman. Turut hadir, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh dan Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan), Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh.

Dalam ucapannya, Datuk Haji Zawawi turut mengingatkan warga KESEDAR untuk sentiasa mengukuhkan semangat kebersatuan agar menjadi pemangkin kepada keteguhan organisasi.

Dalam pada itu, program ini juga turut diselitkan dengan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Integriti Nasional 2023 Peringkat KESEDAR.

Antara pengisian lain ialah Pengenalan Aktiviti Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) KESEDAR, Taklimat Keselamatan ICT dan Taklimat Pengurusan Kewangan Peribadi oleh wakil Bank Islam.

Accessibility Toolbar