35 Peserta Sertai Program Leveraging AI For Business Excellent

Seramai 35 peserta dari empat wilayah KESEDAR telah menyertai Program “Leveraging AI For Business Excellent yang diadakan di KESEDAR Hotel Travel & Tours Sdn Bhd.

Program ini bertujuan untuk peserta memahami dan mengaplikasikan konsep AI dalam kerja pemasaran.

Melalui bengkel, kursus, dan latihan amali, peserta akan belajar tentang aplikasi praktikal AI secara sistematik dan langkah demi langkah.

Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf berkata, program ini adalah langkah penting dalam mempersiapkan usahawan untuk menghadapi cabaran dalam era digital masa kini.

Katanya, objektif program ini adalah untuk membantu usahawan dengan memanfaatkan teknologi digital serta meningkatkan produktiviti dan keberkesanan dalam tugasan harian.

“Peserta akan mengetahui kelebihan dan kemampuan AI dalam memudahkan kerja serta meningkatkan produktiviti hasil kerja.

“Selain mempelajari cara menggunakan AI untuk mengoptimumkan tahap pengurusan kerja serta lebih efisyen dari segi masa dan tenaga, ia juga dapat menguasai teknik dan alat AI yang dapat membantu peserta memperbaiki serta menambahbaik kualiti hasil konten mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program yang berlangsung selama dua hari iaitu 24 dan 25 November lalu.

Accessibility Toolbar