35 Usahawan Wilayah Gua Musang Terima Bantuan PSP KESEDAR
Seramai 19 usahawan Wilayah Gua Musang telah menerima bantuan peralatan berniagaan di bawah Program Sokongan Perniagaan (PSP) Tahun 2024.
Penyampaian siri ketiga ini menjadikan jumlah keseluruhan ialah seramai 35 penerima pada tahun ini.
Penerima ini adalah usahawan seliaan Pejabat Operasi Sungai Terah, Pejabat Operasi Limau Kasturi dan Pejabat Operasi Rantau Manis.
Program ini menyasarkan kumpulan usahawan yang telah memulakan berniagaan secara kecil- kecilan dan memerlukan bantuan dari segi peralatan untuk meningkatkan lagi produktiviti jualan sekali gus meningkatkan pendapatan usahawan.
Majlis penyerahan ini disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri yang juga merangkap Ahli Lembaga Pengarah (ALP) KESEDAR, Mohd Azmawi Fikri Abd Ghani.
Peruntukan bagi setiap usahawan adalah berjumlah RM5,000 merangkumi bantuan kursus, tablet dan peralatan perniagaan usahawan berdasarkan keperluan masing-masing mgikut projek perniagaan yang dijalankan.
Kos keseluruhan bagi program ini di Wilayah Gua Musang adalah sebanyak RM175,000 untuk tahun ini.
Bantuan ini diharapkan dapat memajukan perniagaan dan meningkatkan lagi pendapatan mereka.