AKRAB KESEDAR Rangkul Anugerah Mentor Gemilang, Tempat Ketiga Booth Pameran Terbaik

Hari Psikologi Dan Simposium AKRAB KKDW Tahun 2024 berlangsung dengan jayanya di Dewan Sri Lestari, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) pada 8 dan 9 Oktober lalu.

Membawa tema “Tekad Empati, Aspirasi KKDW Sejahtera”, sambutan ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) YBhg. Dato’ Afandi Nordin mewakili Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Muhd Khair Razman Mohamed Annuar.

Tidak ketinggalan, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) turut memeriahkan sambutan ini dengan penyertaan AKRAB KESEDAR yang membawa replika unta sebagai simbolik kepada objektif penganjuran hari psikologi KKDW pada tahun ini. 

Penganjuran tahun ini memberi fokus kepada pembudayaan nilai ‘Hemat’ iaitu cara penjawat awam menjalankan tugas dengan pengamatan dan penelitian secara mendalam.

Hemat tata kelola iaitu berani berhijrah, sebagaimana peristiwa hijrah baginda Nabi Muhammad SAW yang bukan sekadar perpindahan dari satu tempat ke tempat lain, tetapi satu iktibar sebagai perubahan kepada keadaan yang lebih baik. 

Dalam pada itu, AKRAB KESEDAR turut merangkul Anugerah Mentor Gemilang menerusi personaliti pegawai, Muhammad Zulkarnaein Fauzi dan tempat ketiga bagi anugerah ‘Booth Pameran Terbaik AKRAB KKDW Tahun 2024’.

AKRAB merupakan agen penggerak kepada pelaksanaan budaya kerja berprestasi tinggi dalam perkhidmatan awam dengan menyediakan medium perantaraan untuk memberi peluang pegawai berfungsi secara efektif dan menjadi penyumbang kepada usaha pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia di kementerian, jabatan dan agensi.

Accessibility Toolbar