Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah mengadakan program, Ceramah Agama Sempena Bulan Ramadan 1445H di Dewan Rahmat, Ibu Pejabat KESEDAR, hari ini.
Ceramah itu telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Imam Tua Masjid Muhammadi Kota Bharu, Ustaz Nik Mohd Afif Azhan Nik Mohd Naidi.
Turut hadir, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh dan Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.
Ceramah agama ini merupakan program tahunan KESEDAR terutamanya menjadi pengisian ilmu di bulan Ramadan.