Gotong Royong Pasca Banjir Di Kampung Kuala Pertang, Kuala Krai

Seramai 20 kakitangan KESEDAR Wilayah Kuala Krai telah melaksanakan Program Gotong-Royong Pasca Banjir bagi membantu mangsa banjir gelombang pertama yang terjejas teruk.

Memilih lokasi pertama di Kampung Kuala Pertang, Kuala Krai, program gotong-royong ini turut dibantu 30 penduduk kampung tersebut.

Dalam program ini, ia melibatkan kerja-kerja pembersihan rumah penduduk yang terjejas selepas ditenggelami bah baru-baru ini.

Selain meringankan beban mangsa, program sebegini juga dapat mengeratkan ukhwah antara kakitangan KESEDAR dan penduduk kampung selain membuktikan keprihatinan agensi terhadap kelompok sasar.

Diharapkan mangsa-mangsa banjir bersabar dan tabah mengharungi dugaan banjir yang telah memusnahkan harta benda ini.

Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda,

‎مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya.”

(HR Bukhari, hadis sahih)

Accessibility Toolbar