Jelajah Madani KESEDAR 2024 Peringkat Jeli Tanah Merah Penuh Nostalgik

Jelajah Madani KESEDAR 2024 diteruskan lagi ke daerah Jeli pada Sabtu lalu dengan sambutan yang amat meriah.

Bertempat di R&R Kuala Balah, Program Madani KESEDAR Peringkat Wilayah Jeli Tanah Merah ini menerima lebih 2,000 kunjungan.

Antara program dan aktiviti yang diatur adalah sukaneka, jualan rahmah, kejohanan karom dan dam aji serta persembahan dikir barat.

Menariknya, program ini seakan mengimbau nostalgia apabila urusetia dan peserta turut mengenakan persalinan tema Melayu klasik dengan bersemutar dan berkain batik.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi KESEDAR, Datuk Haji Zawawi Othman. Turut hadir, Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.

Accessibility Toolbar