Kelab Keluarga KESEDAR (3K) Anjur Majlis Khatam Al-Quran
Kelab Keluarga KESEDAR (3K) telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran sempena mengimarahkan bulan Ramadan pada kali ini.
Program Tadarus Al-Quran yang diadakan di Dewan Dato’ Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR, berlangsung dengan jayanya menerusi penglibatan seramai 40 orang kakitangan.
Program ini merupakan wadah terbaik bukan sahaja untuk menggandakan amal ibadah di bulan mulia, malah ia juga untuk memperbaiki bacaan Al-Quran dan penguasaan ilmu tajwid.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh peserta tadarus di bawah pimpinan Ketua Biro Latihan dan Kerohanian 3K, Mohammad Zulkarnaein Fauzi.
Ia juga merupakan program perintis 3K dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat. Semoga program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.