Kem Pembangunan Minda Usahawan, Usaha KESEDAR Dalam Melahirkan Usahawan Cemerlang
Seramai 30 usahawan telah menyertai Kem Pembangunan Minda Berkembang Usahawan Bimbingan KESEDAR.
Program yang diadakan di Taman Etnobotani Gua Musang ini berlangsung selama dua hari iaitu Ahad dan Selasa lalu.
Ia disertai oleh usahawan dari empat wilayah iaitu Wilayah Gua Musang, Wilayah Kuala Krai, Wilayah Jeli/ Tanah Merah dan Bahagian Pembangunan Pertanian di bawah Rancangan Kemajuan Tanah (RKT).
Selain bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, kepimpinan, motivasi, kerohanian dan perkembangan potensi serta personaliti diri, kem ini juga mampu mengukuhkan jati diri usahawan menerusi semangat kerjasama dalam pasukan, membina keyakinan diri, memupuk pemikiran positif dan mengeratkan ukhwah sesama usahawan dalam Wilayah KESEDAR.
Nilai-nilai murni diterapkan dalam pembentukan sahsiah diri yang lebih positif untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya pada masa hadapan.
Program ini dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.