KESEDAR Cakna Mangsa Banjir Di Repek Luar, Pasir Mas

KESEDAR Wilayah Jeli dan Tanah Merah meneruskan misi Skuad Ihsan Madani KESEDAR ke Kampung Repek Luar, Pasir Mas.

Pada kali ini, seramai 12 kakitangan KESEDAR Wilayah Jeli dan Tanah Merah telah membantu mangsa banjir yang terjejas teruk pada gelombang pertama baru-baru ini.

Turut hadir, Pengurus Wilayah Jeli dan Tanah Merah, Encik Mohd Ramadhan Sulaiman.

Selain rumah-rumah kakitangan yang terjejas, kerja-kerja pembersihan turut dilaksanakan di rumah-rumah penduduk di kawasan selian Jeli dan Tanah Merah.

Program gotong-royong pasca banjir ini adalah salah satu inisiatif KESEDAR dalam membantu penduduk-penduduk yang dilanda musibah serta meringankan beban mereka.

Accessibility Toolbar