KESEDAR Terus Komited Bantu Usahawan Luar Bandar Menerusi Bantuan Sokongan Perniagaan
Seramai tujuh peserta dari Wilayah Gua Musang dan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) menerima bantuan peralatan menerusi Program Sokongan Perniagaan (PSP) dari Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).
Menerusi program ini, setiap peserta menerima peralatan perniagaan masing-masing bernilai RM5,000 seorang.
Majlis penyerahan ini disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.
Dalam ucapan ringkas, Encik Mohd Fadhly menasihati peserta agar memanfaatkan semua bantuan yang disalurkan untuk meningkatkan lagi pendapatan dalam perniagaan yang diceburi.
Malah, KESEDAR juga akan sentiasa memberi pelbagai bentuk bantuan tidak hanya bantuan peralatan malah bantuan sokongan seperti latihan, kursus dan bengkel bimbingan bagi memperkasakan lagi usahawan luar bandar.