KESEDAR Turut Serta Memeriahkan Program Jelajah eKasih @ Galas

Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (PPNK) Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) menganjurkan Program Jelajah eKasih @Galas, bertempat di Dataran Dewan Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang (MDGM).

Program yang berlangsung selama dua hari bermula 26 hingga 27 Januari itu dirasmikan Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, ICU JPM, Tuan Haji Jasri Kasim.

Turut hadir, Ketua Jajahan Gua Musang, Tuan Haji Nik Raisnan Haji Daud dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar menjelang tahun 2024, Program Jelajah eKasih @Galas dianjurkan bagi menghimpunkan pelbagai jenis perkhidmatan dari kementerian dan agensi kerajaan untuk menyantuni keperluan keluarga miskin dan miskin tegar eKasih.

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) tidak ketinggalan dalam menyediakan kuanter informasi bagi bantuan-bantuan yang disediakan untuk pemohon yang layak di kawasan Hulu Kelantan.

Accessibility Toolbar