KESEDAR Wilayah Jeli Tanah Merah Bantu Mangsa Banjir Di Pasir Mas
Daerah Pasir Mas merupakan antara daerah yang paling terjejas dalam kejadian banjir baru-baru ini.
Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir di sana, seramai 20 kakitangan KESEDAR Wilayah Jeli Tanah Merah telah ke Repek Luar, Pasir Mas untuk membantu membersihkan rumah-rumah mangsa banjir di kawasan berkenaan.
Malah, ada di antara kakitangan KESEDAR juga turut menjadi mangsa banjir di Pasir Mas.
Dalam misi ini, Skuad Ihsan Madani KESEDAR telah dilancarkan sebagai usaha membantu mangsa-mangsa banjir yang terjejas termasuk kakitangan KESEDAR sendiri.
Ia adalah satu usaha KESEDAR dalam menyahut misi Skuad Ihsan Madani yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bertujuan untuk menggerakkan Pasukan Sukarelawan Penjawat Awam bagi pengurusan pasca banjir ke kawasan yang terjejas.
Turut hadir, Pengurus Wilayah Jeli Tanah Merah, Mohd Ramadhan Sulaiman.
Menurut Mohd Ramadhan, misi ini akan diteruskan ke lokasi-lokasi lain bagi membantu mangsa yang terkesan.
“Perjalanan kita mungkin sukar, tetapi bersama-sama kita menghadapinya dengan penuh harapan.”