Kursus Penulisan Surat Rasmi Dan Memo Yang Efektif Siri 1
Seramai 34 kakitangan yang juga Pembantu Tadbir Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) menyertai Kursus Penulisan Surat Rasmi dan Memo Yang Efektif Siri 1.
Kursus selama dua hari iaitu 29 hingga 30 Januari 2024 ini diadakan di Institut Latihan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Pasir Puteh Kelantan.
Kursus siri pertama ini dirasmikan oleh Pengerusi KESEDAR, Datuk Zawawi Othman.
Penganjuran kursus ini adalah inisitiatif KESEDAR dalam memberi pengetahuan dan kemahiran menulis surat rasmi serta memo yang betul dan berkualiti.