Lawatan Penanda Aras KESEDAR Ke Kulim Hi-Tech Park
Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) telah melaksanakan kunjungan hormat ke Kulim Hi-Tech Park (KHTP) bagi lawatan penanda aras dalam meninjau perkembangan dan pembangunan semasa.
Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi KESEDAR, YBhg. Datuk Haji Zawawi Haji Othman. Turut sama dalam deligasi ini ialah Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh.
Dalam lawatan ini, deligasi dari KESEDAR menerima taklimat berkaitan perkembangan semasa dan perkongsian pengalaman dalam membangunkan kawasan industri berkenaan.
Selain itu, deligasi KESEDAR juga turut dibawa melawat KHTP Xperience Centre (KXR) dan sekitar kawasan itu.
Diharapkan, kunjungan hormat ini dapat memberi manfaat sewajarnya sekali gus dapat mengukuhkan lagi hubungan antara kedua belah pihak dalam memajukan kawasan perindustrian.