Majlis Penyerahan Barangan Bantuan Program Sokongan Perniagaan (PSP) Tahun 2024
Seramai 28 peserta terdiri daripada 4 DUN di Kuala Krai telah menerima bantuan perniagaan menerusi Program Sokongan Perniagaan 2024.
Majlis penyerahan barang bantuan kepada peserta yang diadakan di Pejabat Wilayah Kuala Krai itu disempurnakan oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR, En. Mohd Fadhly bin Ab Manaf.
Turut hadir, Pengurus KESEDAR Wilayah Kuala Krai, Pn. Fariza Bt Che Ibrahim.
Program ini adalah inisiatif KKDW bersama KESEDAR bagi membantu para usahawan kecil dan sederhana di Wilayah Kuala Krai dalam memperkasa perniagaan mereka menuju kejayaan yang lebih cemerlang.
Semoga dengan adanya bentuk bantuan yang sebegini dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan perniagaan usahawan kecil dan seterusnya memberi impak positif kepada ekonomi tempatan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Bersama-sama kita terus menyokong pembangunan perniagaan tempatan