Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Amanat Tahun Baharu 2024

Warga Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) diingatkan agar sentiasa menjadikan sikap hormat-menghormati serta komunikasi berkesan sebagai budaya dan amalan di tempat kerja.

Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh berkata, sikap hormat-menghomati ini perlu diamalkan semua kakitangan tanpa mengira pangkat dan jawatan agar hubungan baik itu sentiasa terjaga.

Selain itu, beliau juga turut menggalakkan perkembangan bakat dan inovasi di kalangan kakitangan agar keberadaan KESEDAR terus diperkasakan.

Beliau berkata demikian ketika dalam ucapan di Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2024 yang berlangsung di Dewan Dato’ Haji Ariffin Said, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) Puan Hajah Norlidasaidi Awang Teh dan Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pelaburan yang kini menanggung kerja Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.

Dalam pada itu, beliau turut menyempurnakan Penyerahan Watikah Pelantikan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) bagi sesi 2024/2025.

Accessibility Toolbar