Kerjasama dalam organisasi amatlah diperlukan bagi mencapai matlamat atau agenda yang telah ditetapkan oleh organisasi atau sesebuah jabatan.
Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KESEDAR, Encik Mohd Fadhly Ab Manaf berkata, tanpa kerjasama semua pihak, agenda dan misi organisasi tidak akan mudah untuk dicapai.
Katanya, sikap ‘kau kau, aku aku’ akan memecahbelahkan sesebuah organisasi yang memerlukan kerjasama antara semua pihak tidak kira peringkat.
“Kita kena jaga tempat kita cari makan. Bukan kerana kita sekadar bekerja tetapi ia perlu disertakan dengan sikap dan tanggungjawab antara satu sama lain.
“Bantulah rakan-rakan sekerja kita yang memerlukan bantuan kerana jika kita memudahkan urusan orang lain, ALLAH SWT akan memudahkan urusan kita.
“Selain itu, jagalah disiplin kerana ia adalah penentu kepada kejayaan dalam kehidupan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Latihan Membina Sikap Siri 8/2024 yang diadakan di Dewan Dato Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR, hari ini.
Program ini turut diserikan dengan Majlis Penyampaian Cenderahati kepada penjawat awam yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Disember dan aktiviti senam robik