Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pegawai-Pegawai Kesedar Berhad (KPKB) Kali Ke-34
Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pegawai-Pegawai KESEDAR Berhad (KPKB) kali ke-34, telah berlangsung hari ini di Dewan Dato Ariffin Said, Ibu Pejabat KESEDAR.
Mesyuarat ini dirasmikan oleh Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Salleh. Turut hadir, Pengerusi KPKB, Encik Mohd Ramadhan Sulaiman dan Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Gua Musang, Puan Salina Che Aziz.
Dalam ucapannya, Tuan Haji W Muhd Rahimi turut menekankan fungsi utama koperasi dan manfaatnya kepada ahli secara keseluruhan.
Malah, beliau turut menasihati ahli agar merancang pengurusan kewangan yang lebih berhemah dan menikmati manfaat dari koperasi mengikut keperluan.
Dalam pada itu, Encik Mohd Ramadhan turut memberitahu bahawa koperasi dalam perancangan menilai potensi dalam bidang pelaburan Ar Rahnu dengan kerjasama Bank Rakyat.
Selain itu, koperasi juga turut merancang dari segi pengambilan pengurusan beberapa stesen minyak desa yang telah dikenalpasti serta pengurusan perladangan sawit yang akan menyumbang manfaat kepada ahli secara amnya.
Dalam perkembangan lain, KPKB turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Ejen Rasmi Produa Kelantan, ABH Sale bagi mewujudkan pusat servis kenderaan di daerah ini serta membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.