Memerai ikan adalah aktiviti mengepung ikan secara tradisional dengan menggunakan batang pisang hutan, buluh runcing dan jala.
Menariknya, ia merupakan acara tahunan penduduk Kampung Kubur Datu, Jeli Kelantan.
Seperti tahun sebelumnya, KESEDAR tidak melepaskan peluang untuk merasai pengalaman ‘Mmeraa Ikey’ sebagai usaha mengekalkan budaya dan tradisi masyarakat Melayu terdahulu apabila tiba musim kemarau.
Menerusi Program Rehabilitasi Komuniti, Aktiviti Memerai Ikan, Kampung Kubor Datu, Jeli, Kelantan disertai lebih 300 penduduk setempat dan kakitangan KESEDAR.
Program ini dirasmikan oleh Ketua Bahagian UMNO Jeli, YBhg Dato’ Mohd Adhan Kechik. Turut hadir, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), YBrs Encik Mohd Fadhly bin Ab Manaf.
Menurut beliau, aktiviti sebegini bukan sahaja merapatkan ukhwah antara masyarakat kampung dan penjawat KESEDAR malah memberi peluang kepada generasi baru untuk merasai pengalaman menyertai aktiviti tersebut.