Percikan Bunga Api, Laungan Merdeka Hiasi Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-67

Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67 telah berlangsung meriah di Dataran KESEDAR Gua Musang, semalam.

Percikan bunga api dan laungan merdeka turut menghiasi sambutan yang dianjurkan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Lebih 2,000 pengunjung membanjiri Sambutan Ambang Merdeka yang dimeriahkan dengan persembahan istimewa dari selebriti terkenal, Zarul dan pendikir hebat, Halim Yazid sebelum menantikan kiraan detik jam 12 tengah malam.

Program tahunan KESEDAR ini dirasmikan oleh Pengerusi KESEDAR, Datuk Zawawi Othman.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, YB Mohd Syahbuddin Hashim, ADUN Nenggiri, YB Mohd Azmawi Fikri Abd Ghani dan Pengurus Besar KESEDAR, Tuan Haji W Muhd Rahimi Wan Sallleh.

Tambah Datuk Zawawi, sambutan yang diterima dari penduduk setempat membuktikan bahawa KESEDAR berjaya dalam setiap penganjuran program.

Malah, beliau menyeru agar kemerdekaan yang kita nikmati kini menjadi titik mula dalam memperbaharui niat dan tekad serta berusaha membangunkan masyarakat di kawasan KESEDAR.

Accessibility Toolbar