Seramai 12 ahli pasukan naziran dari Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan agensi telah hadir ke Ibu Pejabat KESEDAR bagi menilai dan memantau porojek ICT KESEDAR.
Lawatan ini merangkumi pelaksanaan naziran ke atas dua projek ICT KESEDAR iaitu Sistem Pembangunan Perancangan KESEDAR (i-SPARK) dan Projek Menaiktaraf Pusat Data dan Sistem Rangkaian KESEDAR.
Selain pembentangan dua projek ICT KESEDAR, program ini turut melibatkan lawatan ke Pusat Data KESEDAR yang baharu.