Selusuri Sungai Ber, Lojing Dengan Water Tubing Sempena HSN

Kelab Keluarga KESEDAR (3K) telah menganjurkan Program Water Tubing di Sungai Ber, Lojing Gua Musang, sempena sambutan Hari Sukan Negara (HSN), semalam.

Program ini disertai 41 penjawat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) bersama 17 jurupandu Kelab Rekreasi Natura Gua Musang dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Gua Musang.

Program yang dimulakan pada jam 11 pagi ini mengambil masa selama tiga jam bagi menelusuri Sungai Ber, Lojing sepanjang 3.5 kilometer.

Selain meningkatkan ketahanan mental dan fizikal kepada peserta, program ini bertujuan memupuk nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama dan setia kawan serta membentuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin.

Malah, peserta juga dapat didedahkan dengan sektor pelancongan di Wilayah Kelantan Selatan.

Ia merupakan program kesembilan 3K pada tahun ini yang mana terdahulu 3K turut menganjurkan Kejohanan Karom Piala Pengurus Besar dan Program Hiking Puncak Gua Musang.

Accessibility Toolbar