Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan Desa dan Kolej Universiti Agrosains Malaysia telah mengadakan taklimat Rural Business Challenge (RBC) 2.0 di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Gua Musang.
Program RBC mula diperkenalkan pada tahun 2012 di mana ia merupakan program peningkatan perniagaan melalui penganjuran pertandingan penyediaan Rancangan Perniagaan (RP) dalam kalangan usahawan belia luar bandar seluruh Malaysia.
Program ini merupakan kesinambungan daripada program RBC terdahulu di mana kaedah pelaksanaannya akan ditambah baik dan kategori yang akan dipertandingkan.
Hadiah yang ditawarkan kepada pemenang berupa geran kemenangan berjumlah RM15 Juta secara keseluruhan.
Taklimat itu turut dihadiri Pengurus Bahagian Ekonomi dan Pelaburan yang kini menanggung kerja Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan), Encik Mohd Fadhly Ab Manaf.
Ayuh usahawan belia luar bandar di luar sana jom rebut peluang!
Permohonan masih dibuka secara dalam talian kepada usahawan belia luar bandar di seluruh Malaysia sehingga 31 Januari 2024.
Kemukakan permohonan penyertaan RBC 2.0 di pautan www.rbc2u.com